Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet pejuang Israel terhempas di Syria

Israeli hari ini (10 Feb) mengumumkan sebuah jet pejuangnya terhempas selepas ditembak pasukan pertahanan udara Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Jet pejuang Israel terhempas di Syria
Diterbitkan : 10 Feb 2018 08:27PM Dikemas Kini : 10 Feb 2018 08:53PM

ISRAEL: Israeli hari ini (10 Feb) mengumumkan sebuah jet pejuangnya terhempas selepas ditembak pasukan pertahanan udara Syria.

Jet Israel itu sedang menyasarkan beberapa kedudukan Iran di Syria ketika kejadian itu berlaku.

Kejadian berbalas tembakan yang tercetus itu dipercayai yang paling serius antara Israel dengan Syria sejak 2011.

Jet F-16 Israel itu sedang bertindak balas terhadap dron Iran yang menyusup masuk ke Israel awal dari itu.

Ketegangan di kawasan sempadan utara Israel dengan Syria kini semakin tegang berikutan kebimbangan Iran semakin mengukuhkan kedudukannya di Syria.

Ini membolehkan Iran memindahkan senjata kepada kumpulan Hezbollah.

Israel sebelum ini menembak jatuh dron Iran yang cuba memasuki wilayah Yahudi. 

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan