Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet pejuang India ditembak jatuh di Kashmir, 2 juruterbang dikhuatiri maut

Juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara India (IAF) dikhuatiri maut selepas jet pejuang mereka terhempas di Kashmir yang dikuasai India pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Jet pejuang India ditembak jatuh di Kashmir, 2 juruterbang dikhuatiri maut

Jet pejuang India ditembak jatuh di Kashmir. (Gambar: Tauseef Mustafa/AFP)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 04:23PM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 04:27PM

NEW DELHI: Juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara India (IAF) dikhuatiri maut selepas jet pejuang mereka terhempas di Kashmir yang dikuasai India pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Jet terbabit terhempas di kampung Garend Kalan, Budgam kira-kira 34 kilometer di selatan bandar Srinagar, ibu kota Kashmir yang dikuasai India.

"Jet pejuang itu terhempas di kawasan terbuka dan kami dimaklumkan terdapat dua mangsa. Polis sudah dikerahkan ke tempat kejadian dan pengesahan hanya boleh dibuat selepas memperolehi maklumat terpeinci," menurut seorang pegawai polis di Budgam.

Menurut penduduk tempatan, jet itu dilihat terhempas dan kemudian terbakar.

Sementara itu, tentera Pakistan mengesahkan pihaknya sudah menembak jatuh dua jet pejuang India, memetik sumber tentera.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan