Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet pejuang F35 Britain terhempas di Laut Mediterranean

Sebuah pesawat pejuang F35 Britain terhempas di Laut Mediterranean pada Rabu (17 Nov), semasa operasi rutin, kata Kementerian Pertahanan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jet pejuang F35 Britain terhempas di Laut Mediterranean

(Gambar: Tentera Udara Diraja Britain)

Diterbitkan : 18 Nov 2021 08:10AM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 08:15AM

LONDON: Sebuah pesawat pejuang F35 Britain terhempas di Laut Mediterranean pada Rabu (17 Nov), semasa operasi rutin, kata Kementerian Pertahanan negara itu.

Juruterbangnya terselamat selepas sempat menggunakan kerusi lenting dalam kejadian di perairan antarabangsa itu pada sekitar 10 pagi Rabu waktu tempatan.

Tiada kapal atau pesawat lain yang terlibat. Punca nahas belum dipastikan.

"Juruterbang F35 terselamat dan kembali ke kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth. Siasatan sudah dimulakan,"kata seorang jurucakap kementerian pertahanan Britain.

HMS Queen Elizabeth merupakan kapal terbesar dan paling berkuasa yang pernah dibina oleh pasukan tentera laut Britain. Ia boleh membawa sehingga 40 pesawat, termasuk jet-jet pejuang F35B.

Britain kini mempunyai 24 jet pejuang F35B.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan