Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jet F-16 rempuh gudang, mujur juruterbang sempat selamatkan diri

Jet pejuang F-16 yang diterbangkan semasa latihan rutin merempuh sebuah gudang di luar Pangkalan Simpanan Udara March di selatan California, Amerika Syarikat pada Khamis (16 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Jet F-16 rempuh gudang, mujur juruterbang sempat selamatkan diri

Petikan rakaman video yang menunjukkan kesan nahas jet pejuang di California, Amerika Syarikat. (Gambar: YouTube/CBS Los Angeles)

Diterbitkan : 17 May 2019 11:59AM Dikemas Kini : 17 May 2019 12:08PM

LOS ANGELES: Jet pejuang F-16 yang diterbangkan semasa latihan rutin merempuh sebuah gudang di luar Pangkalan Simpanan Udara March di selatan California, Amerika Syarikat pada Khamis (16 Mei). Mujur juruterbang berkenaan sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan, kata jurucakap pangkalan udara tersebut.

Akhbar Los Angeles Times menukil seorang pegawai bomba pangkalan udara sebagai berkata, nahas itu mencetuskan kebakaran kecil dan gambar tempat kejadian yang disiarkan stesen televisyen tempatan KCAL-TV menunjukkan lubang besar pada bahagian bumbung bangunan besar berwarna kelabu.

Jet pejuang tersebut gugur dari udara pada sekitar 3.30 petang (6.30 pagi pada Jumaat waktu Singapura) dan merempuh sebuah gudang yang terletak dekat penghujung landasan berlepas, kata jurucakap Mejar Perry Covington kepada Reuters menerusi telefon.

"Juruterbang menyelamatkan diri dan dia 'OK', dan tiada keceraan lain setakat ini," katanya, sambil menambah beliau tidak percaya terdapat sesiapa dalam gudang berkenaan apabila nahas berlaku.

Sebahagian lebuh raya Interstate 215, iaitu laluan utara-selatan yang merentasi pangkalan udara tersebut, ditutup kedua-dua arah menyusuli kemalangan itu, menurut Jabatan Rondaan Lebuh Raya California.

Sumber : Reuters/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan