Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerman tambah dana bantuan kepada Palestin

Jerman berikrar akan menyediakan dana tambahan untuk agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelarian Palestin (UNRWA) susulan pemotongan bantuan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman tambah dana bantuan kepada Palestin

Wanita warga Palestin di luar pejabat UNRWA (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Sep 2018 09:05AM Dikemas Kini : 01 Sep 2018 10:16AM

BERLIN: Jerman berikrar akan menyediakan dana tambahan untuk agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelarian Palestin (UNRWA) susulan pemotongan bantuan Amerika Syarikat.

Menteri Luar Jerman, Heiko Maas, berkata dalam surat kepada negara anggota Kesatuan Eropah (EU) bahawa agensi itu adalah faktor utama kestabilan di Timur Tengah.

UNRWA bergelut dengan kekurangan bantuan sejak Amerika Syarikat mengumumkan Januari lalu ia akan mengurangkan dana tahunan sebanyak AS$300 juta (S$411 juta).

Dalam surat kepada negara anggota EU, Encik Mass merayu negara anggota yang lain untuk turut bantu tambah dana bantuan Palestin, kata Kementerian Luar negara itu pada 31 Ogos.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut jumlah yang akan disumbang Jerman sebagai tambahan kepada €81 juta (S$129 juta) setakat ini pada 2018, tetapi merayu EU turut membantu agensi berkenaan mengatasi defisit AS$217 juta (S$297 juta) yang diperlukan.

Jordan pada Khamis menyatakan negara itu akan memimpin kempen untuk mengumpul dana bagi membantu agensi PBB berkenaan termasuk membuat rayuan kepada negara-negara Liga Arab.

Pengarah UNRWA, Pierre Krahenbuhl, berkata agensi tersebut memerlukan AS$200 juta (S$274 juta) untuk meneruskan tugas sehingga akhir tahun ini.

Agensi tersebut membantu lebih lima juta pelarian Palestin berdaftar dan menyediakan persekolahan kepada 526,000 kanak-kanak di Palestin, Lubnan, Syria dan Jordan.

UNRWA, baru-baru ini memberi amaran dananya cuma cukup memastikan 711 sekolah dibuka bulan depan. 

Sumber : Reuters/AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan