Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerman rayu masyarakat Turki, Kurdi di negaranya bertenang ekoran pertempuran di jalanan

Pihak berkuasa Jerman pada Selasa (15 Okt) merayu kepada masyarakat Turki dan Kurdi di negara itu supaya mengelak konflik seperti di Timur Tengah selepas pertempuran antara dua kumpulan itu berhubung operasi ketenteraan Ankara di timur laut Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman rayu masyarakat Turki, Kurdi di negaranya bertenang ekoran pertempuran di jalanan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 06:39PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 06:45PM

BERLIN: Pihak berkuasa Jerman pada Selasa (15 Okt) merayu kepada masyarakat Turki dan Kurdi di negara itu supaya mengelak konflik seperti di Timur Tengah selepas pertempuran antara dua kumpulan itu berhubung operasi ketenteraan Ankara di timur laut Syria.

Polis berkata, sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam pertempuran antara dua masyarakat itu lewat Isnin.

“Kami bertanggungjawab mencegah konflik di rantau itu daripada menjadi konflik dalam masyarakat di Jerman.

“Saya berharap semua pihak terutamanya pertubuhan pendatang asing dan kumpulan agama mengambil tanggungjawab dan menyeru pihak-pihak menahan diri,” kata Pesuruhjaya Integrasi, Annette Widmann-Mauz kepada kumpulan syarikat akhbar Funke.

Pesuruhjaya itu bertanggungjawab menasihati pemerintah mengenai integrasi dan bertindak sebagai orang tengah kepada pendatang dan pertubuhan masyarakat.

Pertempuran itu berlaku ketika kira-kira 350 orang berarak ke bandar barat Herne kelmarin, membantah operasi ketenteraan Turki di kawasan yang dikuasai Kurdi di Syria, kata polis dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka menjadi sasaran "provokasi dengan isyarat tangan" oleh orang-orang yang sedang minum di gerai berhampiran.

“Sesetengah daripada mereka menyerbu ke dalam gerai, menyerang dua orang di dalamnya dan mencederakan mereka" selain memecahkan tingkap, menurut kenyataan itu.

“Reaksinya penuh emosi dan kemarahan" ketika beberapa peserta sekali lagi menyerbu kafe itu, memecahkan tingkap dan perabot serta menyebabkan sekurang-kurangnya seorang cedera serta pegawai polis yang campur tangan,” katanya.

Namun, "polis berjaya menenangkan situasi".

Daripada kira-kira tiga juta orang dengan kerakyatan atau asal usul dari Turki yang menetap di Jerman, kira-kira sejuta ialah puak Kurdi.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan