Jerman larang e-skuter di laluan pejalan kaki, hadkan penggunaan di jalan raya
Jerman pada Jumaat (17 Mei) meluluskan penggunaan e-skuter di jalan raya dan laluan berbasikal namun, melarang penggunaan alat mobiliti peribadi di laluan pejalan kaki demi melindungi para pejalan kaki.
BERLIN: Jerman pada Jumaat (17 Mei) meluluskan penggunaan e-skuter di jalan raya dan laluan berbasikal namun, melarang penggunaan alat mobiliti peribadi di laluan pejalan kaki demi melindungi para pejalan kaki.
Menyusuli perdebatan yang hangat berhubung keselamatan jalan raya serta kesannya terhadap laluan trafik, parlimen menerima saranan Menteri Pengangkutan Encik Andreas Scheuer untuk meluluskan "penggunaan kenderaan elektrik" di jalan raya.
Encik Scheuer terpaksa mengubah saranan asalnya iaitu untuk membenarkan e-skuter di laluan pejalan kaki selepas ia dibantah para pemimpin politik, kesatuan polis dan kumpulan-kumpulan insurans.
E-skuter hanya dibenar untuk digunakan di laluan pejalan kaki bagi kes-kes tertentu, dan perlu memaparkan tanda-tanda yang jelas.
Selain itu, para pengguna e-skuter harus mematuhi had kelajuan 20 kilometer sejam dan berusia sekurang-kurangnya 14 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.