Images
  • pekanbaru
    Gambar fail kebakaran hutan di Riau, Indonesia. (Gambar: Nivell Rayda)  

Jerebu tebal kembali selubungi Pekanbaru

RIAU: Jerebu asap yang tebal kembali menyelubungi kota Pekanbaru, Kepulauan Riau di Indonesia pagi tadi (10 Okt).

Ia berpunca daripada kebakaran tanah gambut di kota itu sendiri serta beberapa kawasan di sekitar Pekanbaru.

Keadaan jerebu begitu tebal hingga menyebabkan jarak pandang hanya antara 50 hingga 100 meter.

Sebahagian daripada para penduduk Pekanbaru juga mengadu mengalami sesak nafas. 

- Agensi berita/MU/ai

Top