Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerebu: Menteri M'sia tolak gesaan letak jawatan

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Sekitaran dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin menolak gesaan agar beliau meletak jawatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Sep 2019 06:12PM Dikemas Kini : 25 Sep 2019 09:12PM

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Sekitaran dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin menolak gesaan agar beliau meletak jawatan.

Ini selepas satu laporan mendedahkan bahawa syarikat suaminya di kalangan empat syarikat yang disenaraikan pemerintah Indonesia sebagai bertanggungjawab atas kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu.

Laporan tersebut mendorong pihak pembangkang menyifatkannya sebagai satu konflik kepentingan, lantas menggesa Cik Yeo supaya segera meletak jawatan.

Apabila ditanya oleh pihak media, Cik Yeo berkata ia terpulang kepada pemerintah Indonesia untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar undang-undang di sana.

Tambah Cik Yeo, beliau berharap pihak pembangkang dapat memberikan saranan yang lebih membina dalam menyelesaikan masalah jerebu.

Kementeriannya kata Cik Yeo sedang melakarkan Akta Pencemaran Rentas Sempadan dan akta tersebut akan dikenakan ke atas syaikat-syarikat Malaysia serta individu.

Malaysia terjejas ekoran jerebu rentas sempadan dari Indonesia sejak Ogos lalu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Indonesia sudah menamakan lebih ramai suspek yang terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah.

Kebakaran telah menyebabkan masalah jerebu, menjejas beberapa negara di Asia Tenggara, dengan Malaysia dan Singapura paling teruk terjejas.

Sekitar 320 orang dan 14 syarikat sudah dikenal pasti di kawasan-kawasan berbeza di kepulauan Kalimantan dan Sumatera termasuk wilayah Riau.

Polis Indonesia sedang menyiasat sama ada kebakaran hutan itu disengajakan.

Data polis menunjukkan, ia sedang menyiasat sekitar 280 kes yang dilaporkan berkaitan jerebu. 

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan