Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerebu landa beberapa negeri di M'sia susuli musim kering di selatan ASEAN

Menurut laporan agensi berita Bernama, tujuh negeri - Perak, Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan - kini berada di paras sederhana Indeks Bahan Cemar Udara negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerebu landa beberapa negeri di M'sia susuli musim kering di selatan ASEAN

(Gambar: Antara Foto/Reuters/Syifa Yulinnas)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 04:57PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 05:02PM

SINGAPURA: Jerebu dilaporkan di beberapa negeri di Malaysia pada Rabu (15 Ogos) selepas tompok-tompok panas dikesan di Indonesia.

Menurut laporan agensi berita Bernama, tujuh negeri - Perak, Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan - kini berada di paras sederhana Indeks Bahan Cemar Udara negara itu.

Mutu udara di Malaysia disenaraikan mengikut lima kategori. Mutu udara yang baik adalah antara 0 dengan 50, sementara mutu sederhana adalah dari 51 hingga 100.

Bacaan bagi kategori tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya adalah 101 hingga 200, 201 hingga 300, dan melepasi 300.

Pusat Meteorologi Khsus ASEAN (ASMC) pada Isnin menaikkan amaran jerebu di selatan ASEAN ke 'paras 2' - tahap kedua tertinggi selepas tompok-tompok panas di kesan di Sumatera dan Kalimantan.

"Imej-imej terbaru satelit pada sebelah siang menunjukkan asap jerebu di tanah gambut di utara Riau ditiup angin menuju ke Selat Melaka," menurut ASMC.

ASMC turut mendedahkan bahawa darjah penglihatan di bandar Pontianak - ibu kota Kalimantan Barat - sudah merosot kepada 4km, sementara mutu udara di Kalimantan semakin memburuk.

Dalam kemas kini jerebu serantau pada 6.45 petang semalam, ASMC menyatakan bahawa meskipun bahagian selatan ASEAN masih kering, hujan renyai dilaporkan di bahagian utara ASEAN dan ia dijangka berlarutan.

Setakat sehingga 8.00 malam semalam, bacaan PSI di Singapura adalah 58-62, iaitu pada paras sederhana, dengan bacaan PM2.4 antara 16-27 16-27 µg/m3, iaitu pada paras normal. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan