Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerebu Bangkok semakin buruk

Kerajaan Thailand dilaporkan memberi kuasa kepada Gabenor Bangkok untuk menerajui satu kempen bagi menangani masalah pencemaran udara yang amat buruk di ibu kota itu sejak beberapa minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerebu Bangkok semakin buruk

Jerebu berlarutan di Bangkok akibat cuaca kering.

Diterbitkan : 25 Jan 2019 04:21PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 04:27PM

BANGKOK: Kerajaan Thailand dilaporkan memberi kuasa kepada Gabenor Bangkok untuk menerajui satu kempen bagi menangani masalah pencemaran udara yang amat buruk di ibu kota itu sejak beberapa minggu lalu.

Masalah jerebu yang buruk di Bangkok bulan ini akibat kurangnya tiupan angin dan hujan bagi membersihkan pencemaran ini.

Kandungan habuk beracun halusnya kurang daripada 2.5 mikrometer atau PM2.5 berada di paras bahaya yang boleh menimbulkan risiko besar kepada kesihatan orang ramai.

Pihak berkuasa menyatakan jika kandungan PM2.5 mencapai paras tertentu melebihi had selamat, Gabenor Bangkok boleh mengisytiharkan ibu kota itu sebagai zon kawalan pencemaran.

Apabila zon itu diisytiharkan, para pegawai boleh melarang kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada masalah jerebu.

Mereka juga boleh mendapatkan bantuan dari daerah-daerah lain untuk menangani masalah itu.

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan