Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia kini jejas selatan Thailand

Wilayah Yala dan Songkhla di selatan Thailand kini dilanda jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia, dengan bacaan mutu udara PM2.5 menjangkaui paras selamat 50.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia kini jejas selatan Thailand

Penduduk Thailand dilihat memakai pelitup akibat cuaca berjerebu (Gambar: AP)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 04:29PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 04:33PM

HAT YAI: Wilayah Yala dan Songkhla di selatan Thailand kini dilanda jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia, dengan bacaan mutu udara PM2.5 menjangkaui paras selamat 50.

Menurut Jabatan Kawalan Pencemaran pada Khamis (19 Sep), PM2.5 di Hai Yai, Songkhla adalah pada paras 77 mikrogram (mcg) setiap meter padu, iaitu yang tertinggi dalam kalangan sembilan wilayah di selatan Thailand yang dipantau oleh agensi tersebut.

PM2.5 menunjukkan bacaan 59 di daerah Mueang di wilayah Yala.

Bacaan tersebut menunjukkan peningkatan berbanding Rabu di mana bacaannya menjangkaui 100mcg, seganda lebih tinggi daripada paras selamat yang ditetapkan di Thailand.

Haze Watch for Southern Thailand (Pemantau Jerebu bagi Selatan Thailand), sebuah pusat penyelidikan bagi pencemaran udara di Songkhla, menggesa para penduduk di Songkhla, Satun, Yala dan Pattani supaya mengelakkan kegiatan luar rumah, menurut laporan Associated Press.

Para pegawai kesihatan di Yala juga dilihat mengagih-agihkan pelitup percuma kepada orang ramai di jalan raya.

Pihak berkuasa Thai menyatakan paras pencemaran udara semakin meningkat sejak 5 Sep, namun bertambah teruk sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Kebakaran hutan di Indonesia turut menjejas Malaysia dan Singapura.

Pihak berkuasa Malaysia misalnya terpaksa menutup beratus-ratus sekolah sejak beberapa hari lalu, manakala mutu udara di Singapura kekal pada paras tidak sihat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan