Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun tarik balik amaran tsunami susuli gempa kuat

Jepun sudahpun menarik balik ancaman tsunami, beberapa jam selepas satu gempa bumi dahsyat mengegarkan wilayah Niigata, yang terletak di bahagian barat laut negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun tarik balik amaran tsunami susuli gempa kuat

Sebuah pusat pemindahan sementara di Niigata, Jepun. (Gambar: Kyodo/Reuters)

Diterbitkan : 19 Jun 2019 01:23PM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 02:08PM

TOKYO: Jepun sudahpun menarik balik ancaman tsunami, beberapa jam selepas satu gempa bumi dahsyat mengegarkan wilayah Niigata, yang terletak di bahagian barat laut negara itu.

Sebelum ini gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Jepun pada Selasa (18 Jun) sehingga mencetuskan amaran tsunami oleh pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya 16 orang cedera ringan akibat bencana alam itu. Tiada kerosakan besar dilaporkan.

Seorang pegawai agensi bencana menasihati para penduduk di wilayah itu supaya terus berwaspada kerana satu lagi gempa bumi mungkin melanda wilayah itu.

Gegaran turut dirasakan di bandar Tokyo, yang terletak lebih 300 kilometer dari wilayah Niigata.

Perdana Menteri Shinzo Abe memberitahu para wartawan bahawa kerajaannya berada pada "tahap berjaga-jaga tertinggi" untuk bersedia menjalankan operasi menyelamat yang mungkin perlu dilakukan di wilayah itu.

Sejurus selepas berlakunya gempa tersebut, para pegawai menghentikan perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga menurut stesen televisyen negara NHK yang juga melaporkan bekalan elektrik kepada beribu-ribu rumah terputus. 

Sumber : AFP/AI/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan