Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun sahkan kes kematian pertama akibat radiasi di kalangan pekerja Fukushima

Jepun sudah mengesahkan buat pertama kali bahawa seorang pekerja di loji tenaga nuklear Fukushima, yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami lebih tujuh tahun lalu, meninggal dunia akibat terdedah kepada radiasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Sep 2018 06:13PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 10:28PM

TOKYO: Jepun sudah mengesahkan buat pertama kali bahawa seorang pekerja di loji tenaga nuklear Fukushima, yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami lebih tujuh tahun lalu, meninggal dunia akibat terdedah kepada radiasi.

Satu gempa sekuat 9.0 Richter menggegarkan Jepun pada Mac 2011, mencetuskan tsunami yang meragut seramai 18,000 nyawa dan merupakan bencana nuklear terdahsyat sejak insiden Chernobyl 25 tahun sebelum ini.

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan memutuskan pada Jumaat (31 Ogos) bahawa pampasan harus diberi kepada keluarga lelaki, berusia 50-an itu yang meninggal dunia akibat barah paru-paru, seorang pegawai memberitahu Reuters menerusi panggilan telefon.

Pekerja itu bekerja di loji tenaga nuklear di seluruh Jepun dan bekerja di loji Fukushima Daiichi yang dikendalikan oleh Tokyo Electric Power sekurang-kurangnya dua kali selepas krisis itu pada bulan Mac 2011.

Beliau disahkan menghidap barah pada Februari 2016, kata pegawai itu.

Kementerian tersebut sebelum ini menyatakan pendedahan kepada radiasi menyebabkan empat pekerja di Fukushima jatuh sakit, kata pegawai itu. Ini adalah kes kematian pertama, menurutnya.

Lebih 160,000 orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing selepas loji itu mengalami kebocoran.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan