Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun sahkan kematian pertama COVID-19

Seorang wanita berusia 80-an menjadi orang pertama dijangkiti virus korona COVID-19 yang meninggal dunia di Jepun, kata menteri kesihatan negara itu pada Khamis (13 Feb). Namun beliau menekankan, belum jelas sama ada virus itu menyebabkan kematiannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun sahkan kematian pertama COVID-19

(Gambar: Reuters/Kim Kyung-Hoon)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 11:39PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 11:45PM

TOKYO: Seorang wanita berusia 80-an menjadi orang pertama dijangkiti virus korona COVID-19 yang meninggal dunia di Jepun, kata menteri kesihatan negara itu pada Khamis (13 Feb). Namun beliau menekankan, belum jelas sama ada virus itu menyebabkan kematiannya.

"Hubungan antara virus korona baru (COVID-19) dengan kematian individu itu masih belum jelas," kata Katsunobu Kato dalam satu taklimat lewat malam ini (13 Feb).

"Ini adalah kematian pertama orang yang diuji positif."

Menteri itu berkata, wanita yang tinggal di wilayah Kanagawa, mengalami simptom pada 22 Jan dan dimasukkan ke hospital pada 1 Feb.

"Beliau disyaki dijangkiti virus korona itu ... ujian kemudian dijalankan ke atasnya. Hasil ujian positif disahkan selepas kematiannya," katanya lagi.

Kes itu berlaku sedang Jepun menangani lebih 200 jangkitan yang disahkan di sebuah kapal pesiaran yang dikuarantin dan kapal berkenaan sudah berlabur dekat pantai sejak awal Februari.

Mereka yang diuji positif di atas kapal itu sudah dibawa ke hospital, dengan lima daripada mereka dalam keadaan serius.

Pihak berkuasa menyatakan pada Khamis, ia akan membenarkan penumpang warga tua untuk dipindahkan dari kapal tersebut ke tempat penginapan yang diperuntukkan kerajaan untuk baki tempoh kuarantin mereka jika mereka diuji negatif virus itu.

Setakat ini, 218 orang di atas kapal itu diuji positif COVID-19, bersama dengan seorang pegawai kuarantin.

Kapal itu dijadual dikuarantin sehingga 19 Februari - kira-kira 14 hari selepas tempoh pengasingan bermula.

Jepun secara berasingan turut melaporkan sekurang-kurangnya lagi 28 kes virus COVID-19, termasuk dalam kalangan penduduk yang dipindahkan dari Hubei, wilayah China yang menjadi tempat di mana virus itu mula dikesan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan