Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun rancang campur vaksin COVID-19 bagi percepat vaksinasi

Jepun sedang mengkaji kemungkinan mencampurkan vaksin AstraZeneca dengan vaksin yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat perubatan yang lain untuk mempercepatkan program vaksinasi negara itu, menurut menteri bertanggungjawab bagi program vaksinasi pada Ahad (29 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun rancang campur vaksin COVID-19 bagi percepat vaksinasi

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 29 Aug 2021 06:53PM Dikemas Kini : 29 Aug 2021 06:56PM

TOKYO: Jepun sedang mengkaji kemungkinan mencampurkan vaksin AstraZeneca dengan vaksin yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat perubatan yang lain untuk mempercepatkan program vaksinasi negara itu, menurut menteri bertanggungjawab bagi program vaksinasi pada Ahad (29 Ogos).

Jepun, yang sebelum ini bergantung kepada vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna, meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca pada Julai dan sudah memperolehi 2 juta dos.

"Saya telah meminta kementerian kesihatan untuk memberikan pendapat tentang penggunaan vaksin AstraZeneca bagi dos pertama dan Pfizer bagi dos kedua, atau AstraZeneca sebagai suntikan pertama dan Moderna bagi dos kedua," kata ketua program vaksinasi Taro Kono kepada rangkaian Fuji Television.

Ini diharap akan dapat mempercepatkan program vaksinasi dengan menyingkatkan jarak antara suntikan pertama dengan yang kedua apabila menggunakan vaksin AstraZeneca, jelasnya.

Dua suntikan AstraZeneca diberi dengan tempoh selang lapan minggu, lebih lama berbanding vaksin-vaksin yang lain.

Jepun sedang bergelut dengan gelombang penularan paling dahsyat, diburukkan lagi dengan penularan varian Delta, dengan jangkitan harian menjangkaui 25,000 kes bulan ini buat julung-julung kalinya.

Nisbah vaksinasi negara itu masih ketinggalan di belakang negara-negara maju yang lain. Jepun sudah memvaksin 54 peratus penduduknya dengan sekurang-kurangnya satu dos dan 43 peratus sudah divaksin sepenuhnya, menurut pemantau vaksin Reuters.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan