Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun naikkan amaran gunung berapi, akan pindahkan penduduk pulau

Jepun menaikkan tahap amaran gunung berapi ke tahap kedua tertinggi di sebuah pulau di selatan Jepun pada Rabu (15 Ogos), sambil mengarahkan penduduk supaya bersedia untuk dipindahkan, walaupun letusan di puncak belum dikesan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun naikkan amaran gunung berapi, akan pindahkan penduduk pulau

Petikan laman Agensi Meteorologi Jepun (Gambar: Agensi Meteorologi Jepun)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 11:52AM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 11:58AM

TOKYO: Jepun menaikkan tahap amaran gunung berapi ke tahap kedua tertinggi di sebuah pulau di selatan Jepun pada Rabu (15 Ogos), sambil mengarahkan penduduk supaya bersedia untuk dipindahkan, walaupun letusan di puncak belum dikesan.

Agensi Kajicuaca Jepun menyatakan bahawa gegaran gunung berapi dan pengeluaran sulfur mencapai tahap kemuncaknya di pulau Kuchinoerabujima, yang terletak kira-kira 1,000 kilometer (621 batu) dari barat daya Tokyo, dan menaikkan tahap amarannya kepada 4 daripada 5.

Gunung berapi berkenaan meledak dengan ganas tiga tahun lalu, melontarkan abu dan asap ribuan meter ke udara.

Pada masa itu, seluruh penduduk pulau itu dipindahkan tetapi mereka akhirnya pulang semula. Seramai 100 orang masih tinggal di sana.

Jepun mempunyai 110 gunung berapi aktif dan memantau 47 gunung tersebut secara tetap. 63 orang yang terkorban akibat letusan gunung berapi Ontake pada September 2014, adalah angka korban tertinggi akibat letusan gunung berapi di negara itu dalam hampir 90 tahun.

Pada bulan Januari, seorang anggota tentera Jepun terkorban apabila runtuhan batu daripada letusan gunung berapi menimpa pemain ski di pusat peranginan bahagian tengah negara itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan