Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun matikan 91,000 ekor ayam setelah sahkan penemuan flu burung

Pihak berkuasa Jepun di wilayah Kagawa mula mematikan 91,000 ekor ayam selepas virus flu burung dikesan di sebuah ladang ternakan ayam di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun matikan 91,000 ekor ayam setelah sahkan penemuan flu burung

Gambar fail ayam dan angsa. (Gambar: AFP / Mark RALSTON)

Diterbitkan : 13 Jan 2018 07:00PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 07:04PM

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun di wilayah Kagawa mula mematikan 91,000 ekor ayam selepas virus flu burung dikesan di sebuah ladang ternakan ayam di sana.

Awal minggu ini, beberapa ekor ayam di sebuah ladang di bandar Sanuki di Kagawa, diuji positif menghidapi flu burung.

Ia merupakan kes pertama flu burung di Jepun dalam musim sejuk sekarang.

Lantaran itu, semua ladang dalam lingkungan 10 kilometer dari tempat terjejas dilarang membawa keluar ayam itik dan telur. Dalam pada itu, kawasan tersebut juga menjalani proses menghapuskan kuman.

Wilayah Kagawa memang dikenali dengan perusahaan ayam dengan sekitar tujuh juta ekor ayam diternak di wilayah itu.

Kali terakhir virus demam burung dikesan di Jepun adalah pada Mac tahun lalu. Antara November 2016 dengan Mac 2017, sebanyak 1.67 juta ekor ayam dimatikan akibat penularan virus flu burung H5N6, menurut kementerian negara tersebut. 

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan