Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun luluskan pampasan bagi rakyat yang dimandulkan secara paksa

Jepun pada Rabu (24 Apr) meluluskan undang-undang memberikan pampasan kepada rakyatnya yang telah dimandulkan, kebanyakannya dilakukan tanpa mendapatkan persetujuan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun luluskan pampasan bagi rakyat yang dimandulkan secara paksa

(Gambar hiasan: Luma Pimental/Unsplash)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 07:56PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 07:57PM

TOKYO: Jepun pada Rabu (24 Apr) meluluskan undang-undang memberikan pampasan kepada rakyatnya yang telah dimandulkan, kebanyakannya dilakukan tanpa mendapatkan persetujuan mereka.

Program kerajaan Jepun yang masih diteruskan sehingga 1996 itu, bertujuan mengekang kelahiran keturunan mereka yang cacat anggota atau mental.

Undang-undang yang mengandungi permohonan maaf kerajaan Jepun sebelum ini, berikrar untuk membayar pampasan sebanyak AS$29,000 (S$39,350) kepada setiap mangsa, majoritinya masih remaja ketika dibedah.

Menurut kenyataan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, semua usaha akan dilakukan untuk memastikan masyarakat Jepun menghapuskan diskriminasi terhadap kecacatan atau penyakit kronik.

Dianggarkan 25,000 mangsa yang terjejas diberikan masa lima tahun untuk membuat tuntutan ganti rugi itu.

Undang-undang mengekang kelahiran keturunan tertentu itu diperkenalkan pada 1948 ketika Jepun bergelut dengan masalah kekurangan makanan selepas Perang Dunia Kedua. 

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan