Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun longgarkan kemasukan warga asing yang menetap lebih lama

Jepun pada Khamis (1 Okt) melonggarkan sekatan kemasukan warga asing dari seluruh dunia yang dilaksanakannya bagi mengekang penularan COVID-19, namun kemasukan untuk pelancong asing masih belum dibenarkan, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun longgarkan kemasukan warga asing yang menetap lebih lama

Orang ramai memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 di Tokyo, Jepun pada 9 Jun 2020 (Gambar fail: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 02:49PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 02:59PM

TOKYO: Jepun pada Khamis (1 Okt) melonggarkan sekatan kemasukan warga asing dari seluruh dunia yang dilaksanakannya bagi mengekang penularan COVID-19, namun kemasukan untuk pelancong asing masih belum dibenarkan, lapor agensi berita Xinhua.

Mereka yang dibenarkan seperti profesional perubatan, guru dan lain-lain yang berkelayakan untuk penginapan jangka sederhana atau panjang selama tiga bulan atau lebih, kata kerajaan. Turut layak ialah mereka yang melancong untuk tujuan perniagaan kurang dari tiga bulan.

Pelancong yang layak perlu diuji negatif COVID-19 sebelum masuk atau sebaik sahaja tiba di Jepun. Penaja mereka, seperti syarikat atau pertubuhan yang menyokong mereka, diharap dapat memastikan mereka melakukan pengasingan diri selama 14 hari. Sepanjang tempoh itu mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan pengangkutan awam.

Kerajaan menyatakan akan mempertimbangkan kemasukan 1,000 warga asing ke negara itu setiap hari, khususnya kepada mereka yang merancang untuk tinggal selama tiga bulan atau lebih, sambil berusaha meningkatkan jumlahnya pada bulan-bulan seterusnya.

Perdana Menteri Yoshihide Suga pada pertemuan pasukan petugas kerajaan mengenai tindak balas COVID-19 baru-baru ini memberitahu "untuk menghidupkan kembali ekonomi, perjalanan antarabangsa sangat diperlukan."

"Kami akan mula melonggarkan sekatan masuk dengan melihat keadaan jangkitan di setiap negara dan juga mempertimbangkan sejauh mana keperluan perjalanan," kata Menteri Rangsangan Ekonomi Yasutoshi Nishimura baru-baru ini, yang juga bertanggungjawab menyelia tindak balas terhadap COVID-19.

Ketika ini, penduduk dari 159 negara dan wilayah dilarang memasuki negara itu, tetapi Jepun secara stabil telah melonggarkan sekatan masuk ke negaranya.

Warga asing dengan status penduduk Jepun yang telah berada di luar negara baru-baru ini diizinkan masuk semula, manakala ekspatriat dan penduduk jangka panjang lain dari beberapa negara Asia juga telah dibenarkan masuk ke negara itu.

Ini termasuk dari Vietnam, Thailand dan tujuh ekonomi lain yang telah membuat perjanjian timbal balik.

Kerajaan itu, baru-baru ini, telah membuat perjanjian timbal balik yang serupa dengan Singapura dan Brunei.

Sementara itu, dua syarikat penerbangan utama Jepun, telah dan akan meneruskan beberapa laluan antara Jepun dan China berikutan pelonggaran sekatan oleh pihak berkuasa China.

STATUS OPERASI SYARIKAT PENERBANGAN JEPUN

Baru-baru ini, All Nippon Airways Co. dan Japan Airlines Co. masing-masing dibenarkan beroperasi dengan satu laluan antara kedua-dua negara.

Japan Airlines Co. telah dibenarkan terbang antara lapangan terbang Narita dekat Tokyo dan lapangan terbang di Dalian di wilayah Liaoning timur laut China.
Sementara All Nippon Airways Co. dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan terhad antara Narita dan Shanghai.

Bagaimanapun, sejak Rabu, perkhidmatan All Nippon Airways Co. diperluas merangkumi Qingdao di Shandong China timur dan Guangzhou di Guangdong China selatan, manakala Japan Airlines Co. akan meneruskan penerbangan ke Guangzhou mulai 2 Oktober, kata syarikat penerbangan itu.

Pelonggaran sekatan akan memberi keuntungan kepada peniaga kerana banyak syarikat Jepun beroperasi di China yang merupakan rakan dagang terbesar Jepun.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan