Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun kekalkan perintah darurat di Tokyo, Hokkaido

Jepun menarik balik keadaan darurat di tiga wilayah negara itu namun, mengekalkan perintah tersebut di ibu kota Tokyo dan Hokkaido, dalam usaha membendung terus pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun kekalkan perintah darurat di Tokyo, Hokkaido

Orang ramai amalkan jarak selamat di Tokyo, Jepun pada 9 Mei 2020 (Gambar fail: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 21 May 2020 08:35PM Dikemas Kini : 21 May 2020 08:37PM

TOKYO: Jepun menarik balik keadaan darurat di tiga wilayah negara itu namun, mengekalkan perintah tersebut di ibu kota Tokyo dan Hokkaido, dalam usaha membendung terus pandemik COVID-19.

Keadaan darurat ditarik balik di Osaka, Kyoto dan Hyogo kerana ketiga-tiganya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan.

Menurut perangkaan rasmi, jumlah jangkitan baru COVID-19 di tiga kawasan itu berkurangan dengan banyaknya sepanjang minggu lalu.

Sementara itu, kadar jangkitan di Tokyo dan wilayah utara, Hokkaido gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Kerajaan Jepun terus menggesa para penduduk di kawasan-kawasan terjejas agar elakkan daripada keluar rumah jika tidak penting.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Jepun mencecah lebih 16,000 orang.

Lebih 700 kematian dicatatkan setakat ini.

Sumber : Agensi berita/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan