Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun gesa lebih 300,000 penduduk supaya berpindah dek ribut kencang Krosa

Jepun menasihati lebih 300,000 orang untuk mengosongkan rumah mereka pada Rabu (14 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun gesa lebih 300,000 penduduk supaya berpindah dek ribut kencang Krosa

Seorang lelaki cuba melawan angin kencang akibat taufan Krosa di Miyazaki, Jepun, pada 14 Ogos 2019. (Gambar: Kyodo menerusi Reuters)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 10:32PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 10:34PM

TOKYO: Jepun menasihati lebih 300,000 orang untuk mengosongkan rumah mereka pada Rabu (14 Ogos). Syarikat-syarikat penerbangan pula membatalkan ratusan penerbangan yang dijadualkan dek ribut tropika yang melanda kepulauan itu, menurut penyiar awam NHK.

Ribut tropika Krosa, yang membawa angin kencang sehingga 108 kilometer sejam, sedang menuju bahagian utara menghala barat daya Jepun pada jam 8.00 malam dan ia dijangka membadai kawasan itu pada pagi Khamis. Demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Surat makluman mengenai pemindahan dikeluarkan kepada 310,000 penduduk dan kira-kira 350 penerbangan yang dijadualkan pada Khamis sudahpun dibatalkan, menurut NHK.

Semasa tempoh 24 jam sehingga 6.00 petang pada Khamis, agensi cuaca menjangkakan hujan sehingga satu meter (39 inci) di Shikoku, pulau terkecil dalam kalangan empat pulau utama Jepun.

Tahun lalu, lebih 200 orang maut apabila hujan lebat dan keadaan banjir melanda beberapa bahagian barat Jepun.
 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan