Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun gesa Iran main 'peranan membina' dalam keamanan Timur Tengah

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Rabu (12 Jun) menggesa Tehran supaya memainkan peranan yang membina bagi keamanan dan kemantapan di Timur Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jun 2019 06:43PM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 10:34PM

TEHRAN: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Rabu (12 Jun) menggesa Tehran supaya memainkan peranan yang membina bagi keamanan dan kemantapan di Timur Tengah.

PM Abe membuat permintaan itu semasa melakukan lawatan ke Iran. Ini kali pertama seorang Perdana Menteri Jepun melawat negara Teluk itu dalam masa 41 tahun.

Lawatan tersebut bertujuan mengendurkan ketegangan antara Iran dengan Amerika Syarikat.

PM Abe berkata Jepun akan berusaha sedaya upaya untuk mengendurkan ketegangan itu.

Bercakap di sidang media bersama selepas pertemuan mereka, Presiden Hassan Rouhani pula berkata beliau percaya perubahan yang amat positif akan berlaku di Timur Tengah dan dunia sekiranya Amerika menghentikan tekanan ekonominya terhadap Iran menerusi sekatan-sekatan.

Presiden Rouhani menambah Iran tidak akan memulakan konflik di rantau itu, walaupun terhadap Amerika Syarikat.

Sungguhpun begitu, beliau menegaskan jika meletus perang terhadap negaranya, Iran akan membalas dengan hebat.  

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan