Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun benarkan warga asing terkandas bekerja sambilan

Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun akan membenarkan warga asing tanpa visa pekerja untuk mendapatkan pekerjaan sambilan jika menghadapi kesukaran kembali ke negara asal disebabkan pandemik COVID-19, menurut agensi berita Jepun, Jiji Press.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun benarkan warga asing terkandas bekerja sambilan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 03:54PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 03:59PM

TOKYO: Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun akan membenarkan warga asing tanpa visa pekerja untuk mendapatkan pekerjaan sambilan jika menghadapi kesukaran kembali ke negara asal disebabkan pandemik COVID-19, menurut agensi berita Jepun, Jiji Press.

Agensi itu akan mula menerima permohonan pada Selasa (1 Dis) di pusat imigresen di seluruh negara.

Warga asing dibenarkan bekerja sambilan hingga 28 jam seminggu sekiranya memenuhi syarat-syarat ditetapkan, seperti gagal mendapatkan penerbangan pulang ke negara asal dan sokongan kewangan yang tidak mencukupi daripada keluarga. 

Keutamaan diberi kepada pelawat jangka pendek, termasuk dengan tujuan melancong, urusan perniagaan atau mengunjungi saudara dan warga asing mempunyai visa khas, yang tidak dibenarkan bekerja setelah menamatkan kursus latihan teknikal.

Menurut agensi itu, setakat Selasa terdapat kira-kira 16,000 pelawat dengan visa jangka pendek dan sekitar 5,000 dengan visa khas.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan