Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun akan singkatkan tempoh kuarantin COVID-19 bagi pelawat urusan perniagaan

Kerajaan Jepun merancang untuk menyingkatkan tempoh kuarantin COVID-19 daripada 10 hari kepada tiga hari saja bagi pelawat yang tiba di negara itu atas urusan perniagaan, lapor penyiar awam NHK pada Selasa (2 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun akan singkatkan tempoh kuarantin COVID-19 bagi pelawat urusan perniagaan

Dua pengawal keselamatan dilihat di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Jepun pada 2 Ogos 2021. (Gambar fail: Behrouz MEHRI/AFP)

Diterbitkan : 02 Nov 2021 10:46AM Dikemas Kini : 02 Nov 2021 11:02AM

TOKYO: Kerajaan Jepun merancang untuk menyingkatkan tempoh kuarantin COVID-19 daripada 10 hari kepada tiga hari saja bagi pelawat yang tiba di negara itu atas urusan perniagaan, lapor penyiar awam NHK pada Selasa (2 Nov).

Pelonggaran sekatan itu mungkin dilaksanakan seawal Isnin depan, lapor NHK. Selain itu, kerajaan juga merancang untuk menambah bilangan pelawat yang dibenarkan memasuki negara itu setiap hari daripada 3,500 kepada 5,000 pada lewat bulan ini.

Buat masa ini, Jepun mewajibkan kuarantin 10 hari ke atas para pelawat, tanpa mengira status vaksinasi mereka. Tempoh kuarantin itu disingkatkan dari 14 hari pada bulan lalu.

Kumpulan-kumpulan perniagaan dari dalam dan luar negara melobi kepada kerajaan Jepun supaya melonggarkan sekatan-sekatan sempadan agar lebih sejajar dengan rakan-rakan dagang utama.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) membenarkan kemasukan pelawat dari banyak negara selagi mereka mempunyai bukti vaksinasi COVID-19.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan