Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jenazah pensyarah Palestin bakal dibawa pulang ke Gaza

Jenazah Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang ditembak mati dekat kediamannya di Setapak Sabtu lalu (21 Apr), akan dibawa pulang ke Gaza, di Palestin seperti diminta oleh keluarganya

Anggaran Waktu Membaca:
Jenazah pensyarah Palestin bakal dibawa pulang ke Gaza

Para mahasiswi bimbingan Allahyarham Dr Fadi di luar Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang. (Gambar: MOHD RASFAN/AFP)

Diterbitkan : 23 Apr 2018 07:46AM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 07:51AM

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang ditembak mati dekat kediamannya di Setapak Sabtu lalu (21 Apr), akan dibawa pulang ke Gaza, di Palestin seperti diminta oleh keluarganya.

Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar H. Al Agha berkata bahawa pihak kedutaan menerima arahan jelas daripada Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menguruskan segala-galanya termasuk kepulangan anggota keluarganya ke Gaza.

"Proses untuk membawa pulang jenazah Allahyarham sudahpun bermula tetapi mungkin mengambil masa kerana proses bedah siasat masih dijalankan.

“Kita juga perlu berbincang dengan pemerintah Mesir kerana kita akan membawa jenazah Allahyarham dari Kaherah ke Gaza. Ia bukan mudah tetapi kita perlu mematuhi dan menghormati undang-undang dan peraturan setiap negara terlibat,” kata beliau ketika ditemui di Hospital Selayang semalam (22 Apr).

Dr Anwar yakin bahawa pihak Malaysia akan bekerjasama dalam usaha tersebut dan adik Dr Fadi akan membantu dalam proses membawa pulang jenazah Allahyarham.

Dr Rami Al Batsh, adik Dr Fadi berkata bahawa keluarganya di Gaza reda dengan pemergian Allahyarham.

Dr Rami, 31, yang berkomunikasi melalui penterjemah bahasa berkata bahawa urusan jenazah abangnya akan dilakukan hari ini (23 Apr) di Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang.

"Urusan jenazah abang akan dijalankan pada bila-bila masa sahaja. Saya dan keluarga yang lain berada di Gaza perlu tabah menghadapi insiden ini dan meneruskan hidup seperti biasa," katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan.

Beliau yang ditemani kira-kira 15 rakannya, tiba pada pukul 3.00 petang semalam dengan menaiki penerbangan dari Jerman.

Dr Fadi, 35, pensyarah kanan Kejuruteraan Elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), ditembak di luar Kondominium Idaman Puteri di Setapak ketika sedang berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat Subuh Sabtu lalu.

Dua lelaki yang menaiki motosikal dikatakan menunggunya sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arah mangsa.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan