Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jenayah siber Australia melonjak dek COVID-19, sedang penduduk beralih ke wadah online

Jenayah siber di Australia semakin meningkat sedang sekatan COVID-19 terus mengalihkan tumpuan para penduduk negara itu ke ruang internet.

Anggaran Waktu Membaca:
Jenayah siber Australia melonjak dek COVID-19, sedang penduduk beralih ke wadah online

Gambar hiasan: REUTERS

Diterbitkan : 15 Sep 2021 06:57PM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 06:58PM

SYDNEY: Jenayah siber di Australia semakin meningkat sedang sekatan COVID-19 terus mengalihkan tumpuan para penduduk negara itu ke ruang internet.

Satu kes jenayah siber kini dilaporkan setiap lapan minit di Australia.

Sekitar seperempat insiden menyasarkan prasarana dan khidmat penting sedang ramai yang bekerja dari rumah semasa pandemik.

Penilaian rasmi kerajaan Australia mendedahkan para penggodam secara aktif menyasarkan warga negara yang lemah dan khidmat kesihatan negara itu.

Pusat Keselamatan Siber Australia menyatakan lebih 67,000 aduan dibuat berkaitan jenayah siber pada tahun lalu.

Jumlah itu satu kenaikan 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Insiden perisian tebusan naik hampir 15 peratus dengan sektor kesihatan yang kedua paling banyak diserang.

Sumber : Reuters/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan