Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah tidak perlu jalani ujian COVID-19, asingkan diri setelah tunaikan ibadah Haji

Para jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah Haji tidak perlu menjalani ujian COVID-19 atau mengasingkan diri sebaik tiba di daerah masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah tidak perlu jalani ujian COVID-19, asingkan diri setelah tunaikan ibadah Haji

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 24 Jul 2021 04:35PM Dikemas Kini : 24 Jul 2021 04:36PM

JEDDAH: Para jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah Haji tidak perlu menjalani ujian COVID-19 atau mengasingkan diri sebaik tiba di daerah masing-masing.

Demikian menurut Timbalan Menteri Kesihatan bagi Ehwal Pencegahan Arab Saudi Dr Abdullah Asiri.

"Sebahagian jemaah yang pulang daripada mengerjakan Haji tahun ini bertanya tentang keperluan menjalani ujian COVID-19 atau mengasingkan diri sebaik pulang ke pangkuan keluarga masing-masing," katanya. "Memandangkan semua jemaah dan kakitangan Haji sudah menerima vaksin, tidak perlu untuk menjalani ujian atau mengasingkan diri, melainkan jika mereka mengalami simptom koronavirus dalam tempoh dua minggu pertama."

Sementara itu, 92 peratus daripada mereka yang berkata mereka akan mendapatkan vaksin berbuat demikian. "Tiga motif paling penting yang mendorong mereka yang keberatan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 adalah: Pertama, dorongan dan sokongan keluarga setelah salah seorang atau ramai anggota keluarga mendapatkan vaksin. Kedua, sikap tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dan akhir sekali, sebab-sebab ekonomi," kata Dr Asiri.

Keseluruhan jumlah penduduk Saudi yang setakat ini sudah menerima vaksin COVID-19 mencecah 23,848,177, termasuk 1,426,140 individu yang merupakan warga emas.

Sementara itu, Arab Saudi melaporkan lagi 11 kematian berkaitan COVID-19 pada Jumaat, menjadikan angka korban secara keseluruhan kini 8,141.

Terdapat 1,247 kes baru, bermakna 515,693 penduduk di negara itu dijangkiti COVID-19. Sebanyak 10,742 kes kekal aktif, yang mana 1,383 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan