Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah rombongan S'pura yang menginap di hotel Makkah yang terbakar dilaporkan selamat

Para jemaah umrah Singapura bersama rombongan Hahnemann Travel & Tours dikatakan dalam keadaan selamat, ekoran kebakaran yang dilaporkan di sebuah hotel di Makkah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah rombongan S'pura yang menginap di hotel Makkah yang terbakar dilaporkan selamat

Jemaah rombongan S'pura yang menginap di hotel Makkah yang terbakar dilaporkan selamat.

Diterbitkan : 18 Feb 2019 12:51PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 06:09PM

MAKKAH: Para jemaah umrah Singapura bersama rombongan Hahnemann Travel & Tours dikatakan dalam keadaan selamat, ekoran kebakaran yang dilaporkan di sebuah hotel di Makkah. 

Kami difahamkan demikian selepas satu video kebakaran yang dipercayai tercetus di Hotel Jabal Omar Hyatt Regency Makkah pada Ahad (17 Feb) dikongsikan dengan pihak kami dan di beberapa wadah media sosial.

Laman web Gulf Daily News yang memetik Almarsd melaporkan, kejadian disyaki berlaku pada jam 11.40 pagi (waktu tempatan) membabitkan sebuah hotel, yang juga sebahagian daripada projek Jebel Omar.

Mujur, anggota bomba pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran tersebut sebelum ia memusnahkan seluruh bangunan itu.

Seorang jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Mejar Nayef Al Sharif berkata kebakaran dikatakan tercetus daripada satu longgokan sampah, sebelum merebak ke hotel tersebut.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan