Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah, pelawat asing ke Arab Saudi perlu ada insurans COVID-19

Jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke Arab Saudi kini mesti mempunyai perlindungan insurans COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah, pelawat asing ke Arab Saudi perlu ada insurans COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 May 2021 01:55PM Dikemas Kini : 03 May 2021 01:57PM

RIYADH: Jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke Arab Saudi kini mesti mempunyai perlindungan insurans COVID-19.

Syarat terbaru itu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan pada Ahad (2 Mei), lapor Agensi Berita Saudi (SPA). 

Langkah itu bertujuan untuk menyediakan rawatan kesihatan kepada individu yang dilindungi insurans jika dijangkiti COVID-19 sepanjang tempoh mereka berada di negara itu dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.

Ia juga menyediakan perlindungan insurans untuk menampung kos bagi kes yang dikesan serta kuarantin, selain kes kecemasan untuk pemindahan perubatan, tambah SPA.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan