Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah haji Indonesia ini enggan berpisah atau lepaskan tangan isterinya

Kejadian mengharukan berlaku di Lapanganterbang Antarabangsa Amir Muhammad bin Abdul Aziz (AMMA) Madinah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah haji Indonesia ini enggan berpisah atau lepaskan tangan isterinya

(Gambar hiasan: Sebastien Bozon/AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 11:07PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 11:13PM

MAKKAH (ANTARA): Kejadian mengharukan berlaku di Lapanganterbang Antarabangsa Amir Muhammad bin Abdul Aziz (AMMA) Madinah. Seorang jemaah haji - iaitu datuk berusia 87 tahun berasal dari Ambon Maluku - Encik Mahmud Sopamena tidak mau melepaskan tangan isterinya.

Malah beliau berkeras terus mengganding tangannya meskipun mereka berada di dua buah kerusi roda yang berbeza.

Seorang penyelia haji Indonesia, Encik Rivay Rumra, ketika ditemui di Madinah pada Rabu (17 Jul), mengatakan bahawa Encik Mahmud sejak dari rumahnya sudah tak mau berpisah dengan sang isteri yang juga turut berhaji bersamanya.

“Pak Mahmud kami bantu naik ke ambulans sejak dari rumah ketika naik ambulans sampai di Lapanganterbang Hasanuddin tidak mau turun dari ambulans dan harus ditemani isterinya,” kata Encik Rivay.

Beliau menceritakan Encik Mahmud bahkan sempat mengamuk kepada petugas sampai akhirnya petugas perlu menjemput sang isteri, yakni Nenek Kalsum Litiloli yang berusia 75 tahun, yang kebetulan berada di barisan beratur yang lain.

Nenek Kalsum yang biasa dipanggil Mak Cum pun kemudian datang dan memujuk sang suami sehingga beliau akhirnya mahu turun. Namun beliau tetap harus ditemani di sang isteri.

“Akhirnya kita bawa tapi mereka tak boleh dipisahkan. Dari mulai di ambulans sampai ke pesawat, Mak Cum tidak boleh bergerak. Kerana kalau sampai Mak Cum bergerak Pak Mahmud akan marah-marah lagi,” katanya.

Hal yang sama terjadi lagi saat berada di dalam pesawat ketika Mak Cum terpaksa harus ke tandas dua kali. Pak Mahmud akhirnya perlu ditangani petugas kerana bimbang dipisahkan dari belahan jiwanya itu.

Ketika sampai di Madinah, kejadian serupa berulang lagi apabila warga emas tidak mau melepaskan tangan isterinya.

“Sampai di Madinah kami harus turunkan mereka berdua bersama-sama menggunakan kerusi roda. Kedua-duanya tidak mahu dipisahkan. Saat Mak Cum sudah jauh, Pak Mahmud marah-marah terpaksa Mak Cum kita panggil balik,” katanya.

Encik Rivay yang sempat menolak kursi roda Mak Cum bahkan sempat dimarahi dan dipukul oleh Pak Mahmud kerana sang suami itu merasa cemburu.

“Cemburu, dia tidak mau kita (dorong) Mak Cum. Makanya semasa kita dorong itu Mak Cum harus pegang tangan. Setelah pegang tangan, dia harus elus-elus, pahanya, kakinya, itu pun baru dorong (kerusi roda) sedikit-sedikit.

"Tidak boleh jauh kerana pegangan tangan. Pokoknya dia enggak mau jauh sama istrinya,” kata Encik Rivay.

Mungkin inilah yang dikatakan cinta sejati. Enggan berpisah walau apapun, dan walau di manapun.  

Sumber : Bernama/DY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan