Images
  • arafah haji
    Gambar oleh Kementerian Media Saudi menunjukkan para jemaah haji wanita memanjatkan doa di Bukit Arafah semasa kemuncak ibadat haji. (Gambar: AFP)

Jemaah haji berangkat dari Arafah ke Muzdalifah

MAKKAH: Setelah melaksanakan wukuf di Arafah, jemaah haji bergerak menuju ke Muzdalifah saat terbenamnya matahari (waktu Maghrib) di tengah-tengah langkah protokol kesihatan yang ketat.

Langkah-langkah protokol kesihatan yang ketat dilakukan oleh kerajaan Saudi selaku Penjaga Dua Masjid Suci agar jemaah haji berjaya melaksanakan ibadah suci, lapor Agensi Media Saudi (SPA) pada Jumaat (31 Jul).

Di Muzdalifah, jemaah haji melaksanakan solat Maghrib dan Isya yang digabungkan serta disingkatkan.

Setelah itu, mereka bermalam di sana hingga waktu fajar sebelum menuju ke lembah Mina.

Perjalanan jemaah haji dari Arafah ke Muzdalifah dilaporkan berjalan lancar, dengan khidmat yang dsediakan oleh pihak berkuasa tuan rumah termasuk tindakan pencegahan serta protokol kesihatan. 

- BERNAMA/FZ/fz

Top