Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jawatan penguam negara "satu tanggungjawab yang hebat" - Tommy Thomas

Peguam kanan Tommy Thomas berkata beliau berasa terharu terhadap pelantikannya sebagai Peguam Negara yang baru dan menyifatkan pelantikan itu sebagai satu “tanggungjawab yang hebat”.

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatan penguam negara "satu tanggungjawab yang hebat" - Tommy Thomas

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Encik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 09:51PM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 09:55PM

KUALA LUMPUR: Peguam kanan Tommy Thomas berkata beliau berasa terharu terhadap pelantikannya sebagai Peguam Negara yang baru dan menyifatkan pelantikan itu sebagai satu “tanggungjawab yang hebat”.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat firma undang-undangnya hari ini (5 Jun), Encik Thomas mengesahkan bahawa beliau sudah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi tadi dan akan bertemu dengannya sekali lagi esok (6 Jun).

Beliau tersenyum lebar ketika menerima ucapan tahniah atas pelantikannya.

"Terima kasih banyak tetapi lebih elok saya tidak memberi komen sehingga mendapat surat rasmi yang saya rasa akan menyusul sehari dua lagi.

“Jadi saya rasa masih terlalu awal untuk saya memberikan komen, terima kasih kerana menunjukkan minat,” kata peguam terkemuka berusia 66 tahun itu yang akan mengambil alih Encik Mohamed Apandi Ali, yang sedang bercuti sebulan.

Ditanya jika beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Peguam Negara di Putrajaya esok (6 Jun), Encik Thomas berkata ini akan mengambil masa beberapa hari.

"Saya tidak akan berada di pejabat pagi esok seperti yang saya nyatakan. Perlu beberapa hari untuk pelaksanaan (proses pelantikan).

“Apa yang pasti saya tidak akan ke pejabat esok,” katanya.

Ditanya mengenai ucapan tahniah oleh Encik Mohamed Apandi terhadapnya atas pelantikan itu, Encik Thomas berkata “Terima kasih, terima kasih”.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sudah memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan