Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jarum suntikan tercemar, ratusan kanak-kanak selatan Pakistan positif HIV

Golongan ibu bapa memerhati dengan penuh debaran sedang anak mereka menjalani ujian HIV di sebuah kampungan di selatan Pakistan. Rasa cemas tercetus selepas ratusan penduduk dijangkiti virus berbahaya itu gara-gara penggunaan jarum suntikan tercemar oleh doktor.

Anggaran Waktu Membaca:
Jarum suntikan tercemar, ratusan kanak-kanak selatan Pakistan positif HIV

(Gambar: Sajjad Hussain/AFP)

Diterbitkan : 16 May 2019 08:20PM Dikemas Kini : 16 May 2019 08:25PM

RATO DERO, PAKISTAN: Golongan ibu bapa memerhati dengan penuh debaran sedang anak mereka menjalani ujian HIV di sebuah kampungan di selatan Pakistan. Rasa cemas tercetus selepas ratusan penduduk dijangkiti virus berbahaya itu gara-gara penggunaan jarum suntikan tercemar oleh doktor.

Pasukan polis turut dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan selepas ibu bapa menyerbu salah sebuah daripada lima bilik pemeriksaan yang siap dibina bulan lalu di perkampungan Wasayo, pinggir Larkana di wilayah Sindh.

Menurut pegawai kesihatan, lebih daripada 400 penduduk, kebanyakannya kanak-kanak didapati positif HIV sejak beberapa minggu lalu dan pakar memberi amaran, jumlah mangsa bakal meningkat disebabkan penggunaan peralatan tercemar serta amalan perubatan salah oleh golongan doktor palsu.

Kemarahan dan ketakutan terus menyelubungi penduduk miskin kampung akibat penyebaran wabak itu yang menurut pihak berkuasa berpunca dari kecuaian atau perbuatan khianat doktor tempatan.

“Mereka datang beramai-ramai,” kata seorang doktor di klinik sementara yang berdepan masalah kekurangan peralatan dan tenaga kerja untuk merawat sejumlah besar pesakit.

Seorang ibu, Mukhtar Perves dilihat begitu resah menanti anak perempuannya menjalani ujian dan khuatir jika demam yang dihidapi anaknya baru-baru ini ada kaitan dengan penularan HIV. Bagi segelintir lagi penduduk, mimpi ngeri mereka sudah bertukar menjadi kenyataan.

Nisar Ahmed tiba di klinik dengan rasa marah ketika cuba mendapatkan ubat bagi anak perempuannya yang hanya berusia setahun dan disahkan positif HIV tiga hari lalu.

“Saya sumpah (doktor itu) yang menyebabkan semua kanak-kanak ini dijangkiti virus berbahaya ,” katanya berang.

Imam Zadi pula menemani lima anaknya yang lain selepas cucu lelaki beliau disahkan positif HIV.

“Seluruh keluarga amat berduka cita,” katanya kepada AFP.

"Siapa nak bermain dengannya? Bila dah besar nanti, siapa yang ingin berkawin dengannya?," tangisan sedih seorang lagi ibu selepas anaknya yang berusia empat tahun disahkan positif HIV.

Menurut seorang lagi ibu: "Kami tidak terdaya. Saya khuatir, anak-anak saya yang lain juga akan dijangkiti penyakit itu.

"[Tolong] hantar ubat bagi anak-anak kami supaya mereka boleh sembuh. Jika tidak, semua anak kami akan mati."   

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan