Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jari kelingking tersepit celah kerusi, lelaki saman dua syarikat penerbangan

Seorang lelaki warga California memfailkan saman terhadap dua syarikat penerbangan Amerika Syarikat selepas jari kelingkingnya tersepit di celah pemegang kerusi kelas pertama, sehingga memaksa pasukan bomba dan mekanik campur tangan untuk mengeluarkan jari tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Jari kelingking tersepit celah kerusi, lelaki saman dua syarikat penerbangan

Sebuah pesawat syarikat American Airlines berlepas pada Mac 2018 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Dec 2018 01:43PM Dikemas Kini : 20 Dec 2018 01:48PM

LOS ANGELES: Seorang lelaki warga California memfailkan saman terhadap dua syarikat penerbangan Amerika Syarikat selepas jari kelingkingnya tersepit di celah pemegang kerusi kelas pertama, sehingga memaksa pasukan bomba dan mekanik campur tangan untuk mengeluarkan jari tersebut.

Stephen Keys, seorang pelakon yang pernah membintangi filem "Soul Plane" dan "Big Time Rush," mendakwa dalam samannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles terhadap American Airlines dan SkyWest Airlines - bahawa beliau menderita tekanan emosi yang berat dan rasa sakit beberapa minggu selepas kejadian pada 9 September dalam penerbangan dari Reno, Nevada ke Los Angeles.

Kejadian tersebut berlaku selepas beliau mengangkat pemegang kerusi untuk mencapai tali pinggang keselamatan. Menurut kes saman tersebut, jari kelingkingnya tersepit dalam lubang kecil di bawah pemegang itu.

"Mekanisme spring yang dipasang dalam lubang itu mengenakan tekanan kuat ke atas jari plaintif, dengan serta merta menyebabkan kecederaan, bengkak dan kesakitan," menurut saman itu.

Ia menambah bahawa Encik Keys berulang kali cuba menarik jarinya dengan dilihat penumpang lain, "menyebabkan keadaannya itu menjadi tontonan orang ramai yang memalukan."

Encik Keys mendakwa beliau menderita selama hampir sejam sedang kakitangan penerbangan dan anggota bomba cuba mengeluarkan jarinya.

Seorang mekanik penerbangan akhirnya membuka pemegang kerusi itu dan melepaskan jarinya.

Menurut saman itu, sejak kejadian tersebut Encik Keys tidak dapat melakukan kegiatan rutin, termasuk bermain dengan anaknya.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, SkyWest menyatakan pihaknya sudah menghubungi Encik Keys mengenai "jarinya yang lebam" dan berharap dapat "menyelesaikan perkara ini secepat mungkin."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan