Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Janin bayi ditemui dalam tong sampah

Satu janin bayi perempuan ditemui di dalam timbunan sampah di sebuah kawasan perumahan penjawat awam di Presint 18, hari ini (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Janin bayi ditemui dalam tong sampah

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 07 Feb 2019 03:18PM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 03:25PM

PUTRAJAYA: Satu janin bayi perempuan ditemui di dalam timbunan sampah di sebuah kawasan perumahan penjawat awam di Presint 18, hari ini (7 Feb).

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata janin yang dianggar dalam lingkungan tujuh hingga lapan bulan itu ditemui oleh pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas memungut sampah di Blok D perumahan tersebut.

"Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.25 pagi memaklumkan ada terjumpa janin bayi di dalam lori sampah setelah dimaklumkan oleh pekerja Alam Flora," katanya kepada para wartawan di sini.
Menurutnya pekerja terbabit menemui janin itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori.

ACP Rosly berkata janin berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan, menurutnya lagi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan