Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jangkitan COVID-19 M'sia jangkaui 2 juta kes

Kes baru COVID-19 di Malaysia terus menurun buat empat hari berturut-turut dengan sebanyak 15,669 kes dilaporkan setakat 12.00 tengah hari ini (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jangkitan COVID-19 M'sia jangkaui 2 juta kes

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Sep 2021 05:45PM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 05:46PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia terus menurun buat empat hari berturut-turut dengan sebanyak 15,669 kes dilaporkan setakat 12.00 tengah hari ini (14 Sep).

Menerusi catatan di Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini melepasi angka dua juta iaitu 2,011,440.

Selangor kembali menjadi negeri merekodkan kes tertinggi dengan 2,632 kes hari ini, disusuli oleh Sarawak (1,983) dan Johor (1,974).

Sabah pula mencatatkan kes harian keempat tertinggi dengan 1,784, diikuti Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

Negeri-negeri lain merekodkan kes harian baru di bawah empat angka iaitu Perak (856), Pahang (763), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (tiga).

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan