Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jangan pelihara kucing jika menyusahkan keluarga, jiran tetangga

Umat Islam dinasihatkan supaya jangan memelihara kucing di rumah mereka sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran, kata Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan pelihara kucing jika menyusahkan keluarga, jiran tetangga

Gambar fail seekor kucing terbiar. (Gambar: Khaled Desouki/AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2019 09:05AM Dikemas Kini : 06 Jul 2019 09:07AM

KANGAR: Umat Islam dinasihatkan supaya jangan memelihara kucing di rumah mereka sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran, kata Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata pemilik kucing harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan terurus dan jangan membiarkan kucing itu bebas keluar ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

“Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain,” katanya menjawab soalan jemaah pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di Kangar, pada Jumaat malam (5 Jul).

Dr Mohd Asri juga berkata tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad SAW menyuruh umatnya memelihara kucing tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan