Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jambatan runtuh di Kolkata, 1 maut, 19 cedera

Pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus untuk mencari para mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan sebuah jambatan di bandar Kolkata pada Selasa (4 Sep). Sekurang-kurangnya satu maut dan 19 cedera, menurut laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan runtuh di Kolkata, 1 maut, 19 cedera

Sebahagian jembatan yang roboh di Kolkata pada 4 Sep 2018 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Sep 2018 09:25AM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 09:29AM

KOLKATA: Pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus untuk mencari para mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan sebuah jambatan di bandar Kolkata pada Selasa (4 Sep).

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya seorang maut dalam kejadian manakala 19 lagi cedera.

"Kami sedang cuba mengenal pasti jika ada orang terperangkap di bawah timbunan," menurut datuk bandar Kolkata, Sovan Chatterjee kepada Reuters ketika melawat tempat kejadian.

Associated Press melaporkan gambar-gambar di televisen menunjukkan sebahagian jambatan itu berukuran 30 meter roboh. Beberapa kenderaan termasuk bas, turut jatuh ketika jambatan itu runtuh.

Parti yang memerintah wilayah di Barat Bengal itu, All India Trinamool Congress, menyatakan di Twitter bahawa jembatan berkenaan berusia 40 tahun.

Belum ada maklumat lanjut diberikan mengenai punca nahas itu.

Pada Mac 2016, puluhan orang mati dalam satu lagi insiden jambatan roboh di kawasan bandar itu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan