Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jambatan Ponulele di Sulawesi runtuh dihempas tsunami

Jambatan Ponulele yang menghubungkan Donggala Barat dan Donggala Timur di Sulawesi Tengah dilaporkan runtuh selepas ia dihempas gelombang tsunami, semalam (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan Ponulele di Sulawesi runtuh dihempas tsunami

Jambatan Ponulele yang roboh akibat tsunami (Petikan video: Facebook/Dar bin Kali)

Diterbitkan : 29 Sep 2018 06:57PM Dikemas Kini : 29 Sep 2018 06:59PM

JAKARTA: Jambatan Ponulele yang menghubungkan Donggala Barat dan Donggala Timur di Sulawesi Tengah dilaporkan runtuh selepas ia dihempas gelombang tsunami, semalam (28 Sep).

Jambatan ikonik itu antara lokasi percutian popular di bandar Palu.

Astro Awani melaporkan, gempa bumi sekuat 7.7 pada skala Richter menggegarkan wilayah tengah Indonesia pada 5.00 petang (waktu tempatan) semalam.

Agensi meteorologi, klimatologi dan geofisik Indonesia (BMKG) turut mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai barat Sulawesi dan pantai timur pulau Kalimantan, namun menarik balik amaran tersebut sejam selepas ia diumumkan, menurut Astro Awani lagi.

Pihak berkuasa berkata, ombak tsunami yang menghentam Palu berketinggian sehingga tiga meter dan memusnahkan beberapa bangunan dan menghanyutkan rumah penduduk.

Astro Awani menambah, pada 2004, gempa 9.3 magnitud di dasar laut menyebabkan berlakunya tsunami di luar pantai Sumatera di barat Indonesia mengorbankan 220,000 orang penduduk di sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 rakyat Indonesia.

Indonesia adalah sebuah negara yang kerap dilanda bencana alam. Negara kepulauan yang terletak di ‘Lingkaran Api’ Pasifik itu adalah kawasan yang kerap berlaku letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan