Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jambatan kayu di Montigo Resort Batam roboh; 18 rakyat S'pura cedera

 Seramai 18 rakyat Singapura dilaporkan cedera apabila sebuah jambatan kayu di kawasan Montigo Resort, Nongsa, Batam, Kepulauan Riau roboh pada petang Khamis (7 Nov), lapor Sindonews.com.

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan kayu di Montigo Resort Batam roboh; 18 rakyat S'pura cedera

Jambatan kayu di Montigo Resort Batam roboh. (Gambar: Berita BATAM/Facebook)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 10:51PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 08:07AM

BATAM: Seramai 18 rakyat Singapura dilaporkan cedera apabila sebuah jambatan kayu di kawasan Montigo Resort, Nongsa, Batam, Kepulauan Riau roboh pada petang Khamis (7 Nov), lapor Sindonews.com.

Para pelancong rakyat Singapura itu dilaporkan sedang memetik gambar di jambatan berkenaan apabila ia roboh.

"Saat mereka (pelancong) berselfie, tiba-tiba jambatan sepanjang 70 meter itu roboh di bahagian tengah," menurut Ketua Polis Encik Erlangga. Semasa jambatan itu roboh, lebih 30 pelancong berada di situ. "Para mangsa terus jatuh ke dalam laut dan mengalami kecederaan," jelasnya lagi.

Sindonews.com. turut melaporkan bahawa kesemua mangsa dihantar ke hospital Bhayangkara Polda Kepri. Daripada 30 mangsa, 13 mangsa mengalami luka dan 2 orang patah kaki.

Buat masa ini, para mangsa masih lagi dirawat di hospital, menurut Sindonews.com lagi.

Menurut Ketua Hospital Bhayangkara Batam, Encik Harry, lima rakyat Singapura menerima rawatan bagi kecederaan ringan manakala 13 lagi rakyat Singapura dimasukkan ke hospital. 

Montigo Resorts dimiliki oleh KOP Limited, sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Singapura.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan ia sudah dimaklumkan mengenai insiden itu dan para pegawai Konsulat-Jeneral di Batam kini berada di Hospital Bhayangkara untuk menghulurkan bantuan konsular.

Sumber : Agensi berita/NA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan