Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jalan raya dibanjiri penunjuk perasaan menjelang ulang tahun penyerahan Hong Kong

Para penunjuk perasaan anti pemerintah di Hong Kong membanjiri jalan-jalan raya utama awal pagi Isnin (1 Julai) menjelang perhimpunan pro-demokrasi besar-besaran sempena ulang tahun penyerahan bandar itu kepada China.

Anggaran Waktu Membaca:
Jalan raya dibanjiri penunjuk perasaan menjelang ulang tahun penyerahan Hong Kong

Penunjuk perasaan di Hong Kong pada 1 Jul (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Jul 2019 09:08AM Dikemas Kini : 01 Jul 2019 09:11AM

HONG KONG: Para penunjuk perasaan anti pemerintah di Hong Kong membanjiri jalan-jalan raya utama awal pagi Isnin (1 Julai) menjelang perhimpunan pro-demokrasi besar-besaran sempena ulang tahun penyerahan bandar itu kepada China.

Bandar separuh autonomi itu digegarkan bantahan sejak tiga minggu lalu apabila para penunjuk perasaan menuntut rang undang-undang yang membenarkan ekstradisi ke China ditarik balik.

Ketengangan memuncak sekali lagi di hab kewangan tersebut pada Isnin apabila kumpulan-kumpulan kecil penunjuk perasaan yang muda dan bertopeng melumpuhkan tiga jalan utama.

Anggota polis rusuhan menggunakan perisai dan topi keselamatan berdepan dengan para penunjuk perasaan namun tidak melepasi penghadang.

Tunjuk perasaan berterusan itu menunjukkan kebimbangan semakin meningkat bahawa China akan menyekat kebebasan dan budaya bandar tersebut.

Meskipun Hong Kong dikembalikan oleh Britan kepada pemerintahan China pada 1 Julai 1997, ia ditadbir secara berasingan menerusi aturan "satu negara, dua sistem".

Bandar tersebut menikmati lebih kebebasan berbanding China, namun ramai penduduk khuatir Beijing akan melanggar perjanjian itu.

Para aktivis pro demokrasi menganjurkan tunjuk perasaan setiap ulang tahun penyerahan kepada China. Mereka menuntut lebih banyak kebebasan demokrasi - seperti memilih sendiri pemimpin bandar mereka.

Tunjuk perasaan tahun ini menyusuli beberapa tunjuk perasaan anti-pemerintah sepanjang tiga minggu lalu selain kemarahan terhadap tindakan polis menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap para penunjuk perasaan. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan