Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakim tidak pernah terima permohonan sijil halal gula-gula 'White Rabbit'

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat ini, tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula susu 'White Rabbit', yang diimport dari China.

Anggaran Waktu Membaca:
Jakim tidak pernah terima permohonan sijil halal gula-gula 'White Rabbit'

Gula-gula 'White Rabbit' yang diimport dari China. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 08 Sep 2019 11:44PM Dikemas Kini : 08 Sep 2019 11:47PM

KUANTAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat ini, tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula susu 'White Rabbit', yang diimport dari China.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan tersebut, yang akhirnya dapat menghentikan polemik berhubung status halal gula-gula berkenaan.

"Bagaimanapun, saya akan meminta supaya Jakim membuat siasatan, dan ujian makmal terhadap gula-gula itu bagi menentukan status halalnya, kerana isu halalnya telah lama diperkatakan dalam media sosial.

"Saya lihat isu ini menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan dilema dan tidak pasti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Kasih Rahmah 2019, di Sungai Lembing hari ini (8 Sep).

Status halal gula-gula yang popular di China itu, sering menjadi perdebatan dan dipersoalkan di laman sosial, terutamanya selepas jabatan agama sebuah negara jiran, mengesahkan ia sebagai tidak halal kerana salah satu bahan yang digunakan.

Dalam perkembangan lain, Cik Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menafikan khabar angin bahawa Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, akan diletakkan di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Sebaliknya, keputusan jemaah menteri ialah menubuhkan sebuah sekretariat dianggotai bersama JAKIM dan HDC, supaya kedua-duanya dapat bekerjasama bagi menambah baik kelemahan industri halal negara ini.

"Menerusi sekretariat ini, JAKIM akan terus terlibat dalam melaksanakan pensijilan halal manakala HDC akan memberi fokus kepada pembangunan industri halal," katanya. 

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan