Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jaket Melania Trump timbul kontroversi

Wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump mendapat kecaman netizen selepas dilihat mengenakan jaket yang menimbulkan kontroversi ketika mengunjungi kanak-kanak yang terpaksa dipisahkan susulan krisis imigresen. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jaket Melania Trump timbul kontroversi

(Gambar: AFP/Mandel Ngan)

Diterbitkan : 22 Jun 2018 01:27PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 01:30PM

TEXAS: Wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump mendapat kecaman netizen selepas dilihat mengenakan jaket yang menimbulkan kontroversi ketika mengunjungi kanak-kanak yang terpaksa dipisahkan susulan krisis imigresen, sehari selepas Presiden Donald Trump membatalkan arahan tersebut.

Dalam perintah terbaru itu, Presiden Trump mengarahkan supaya ahli keluarga tidak dipisahkan ketika mereka masuk secara tidak sah ke Amerika Syarikat dari Mexico.

Menurut jurucakapnya, Stephanie Grisham, Cik Melania mengambil keputusan untuk melawat pusat tahanan yang menempatkan kanak-kanak berkenaan, kerana beliau sangat mengambil berat mengenai isu yang mencetuskan kontroversi itu.

Bagaimanapun, jaket yang dipakainya ketika mengunjungi pusat tahanan itu menimbulkan perdebatan pelbagai pihak kerana ia tertera tulisan 'Saya benar-benar tidak peduli, adakah anda?' di bahagian belakangnya, seolah-olah memberi mesej berbeza berhubung kunjungannya.

"Ia hanya jaket. Tiada mesej tersembunyi. Saya harap selepas lawatan di Texas ini, pihak media tidak lagi memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaiannya," kata Grisham kepada wartawan.

Ketika lawatan itu, Cik Melania berpeluang bertemu dengan kakitangan pusat tahanan itu yang menempatkan 55 kanak-kanak berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun.

Sementara itu, Presiden Trump ketika mempertahankan isterinya, menyalahkan pihak media dan memuat naik mesej di Twitter: "Saya benar-benar tidak peduli, adakah anda? yang tertera di belakang jaket Melania merujuk kepada media yang menyiarkan berita palsu.

"Melania sudah belajar mengenai betapa tidak jujurnya mereka, dan kini beliau tidak lagi peduli!".

Namun, apabila beliau tiba di McAllen, Texas, wanita pertama itu dilihat sudah menukar jaket kontroversil itu dengan jaket lain. 

Sumber : Agensi berita/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan