Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakarta laksana semula sekatan sosial berskala besar setelah kes COVID-19 naik mendadak

Selepas melonggarkannya sejak tiga bulan lalu, Jakarta akan menguatkuasakan semula Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di ibu kota Indonesia itu mulai Isnin depan (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jakarta laksana semula sekatan sosial berskala besar setelah kes COVID-19 naik mendadak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Sep 2020 06:20PM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 08:09AM

JAKARTA: Selepas melonggarkannya sejak tiga bulan lalu, Jakarta akan menguatkuasakan semula Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di ibu kota Indonesia itu mulai Isnin depan (14 Sep).

Ini bermakna semua jenis pekerjaan kurang penting perlu dilakukan dari rumah dan kebanyakan perniagaan ditutup.

Keputusan itu dibuat kerana kes baru COVID-19 di Jakarta terus bertambah dengan banyak setiap hari.

Selama berminggu-berminggu lalu hampir semua daerah di Jakarta disifatkan sebagai zon merah kerana mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata sekiranya sekatan sosial besar-besaran tidak dikenakan semula semua katil di wad pengasingan hospital-hospital bandar ini dijangka penuh menjelang Khamis depan.

"Saat ini kondisi darurat, lebih darurat daripada awal wabak ini dahulu. Maka jangan keluar rumah bila tidak terpaksa, tetap sahaja di rumah. Jangan keluar daripada Jakarta bila tidak ada keperluan yang mendesak," kata Encik Anies.

Pada Khamis (10 Sep), Indonesia melaporkan lebih 3,800 kes baru COVID-19, lebih 1,200 daripadanya di Jakarta.

Secara keseluruhannya sekitar 50,000 penduduk Jakarta dijangkiti virus korona itu dan lebih 1,300 pesakitnya meninggal dunia. 

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan