Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakarta ambil langkah pertama akhiri kesesakan trafik dengan MRT baru

Sesiapa saja yang sudah mengunjungi Jakarta akan tahu bagaimana dahsyatnya kesesakan jalan raya di kota itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jakarta ambil langkah pertama akhiri kesesakan trafik dengan MRT baru

(Gambar: Pichayada Promchertchoo)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 03:22PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 03:29PM

JAKARTA: Sesiapa saja yang sudah mengunjungi Jakarta akan tahu bagaimana dahsyatnya kesesakan jalan raya di kota itu. Malahan, perjalanan dari lapangan terbang ke kawasan bandar kemungkinan mengambil masa beberapa jam.

Meskipun ia sekadar rasa geram yang sementara bagi pelancong, ia seakan-akan mimpi buruk bagi kebanyakan orang yang bekerja di ibu kota Indonesia itu. Perjalanan yang dekat dari luar bandar ke pusat negeri itu menerusi jalan-jalan raya yang sesak dan tercemar boleh mengambil beberapa jam. Apabila kesesakan jalan raya amat teruk, masa perjalanan akan menjadi lebih lama.

Bagaimanapun sekarang, bantuan sedang dihulurkan. Mulai bulan depan, Jakarta akan mempunyai sistem MRT di mana ia diharap menjadi langkah pertama untuk menangani masalah kesesakan jalan raya di Jakarta.

Apabila fasa pertama itu mula beroperasi pada Mac, 14 kereta api akan digunakan untuk khidmat harian dari jam 5.00 petang hingga tengah malam, manakala dua kereta api lagi sebagai pengganti sekiranya berlaku kes kecemasan.

Perjalanan itu menjangkaui 15.7 kilometer antara Lebak Bulus di selatan luar bandar dan jalan bulatan Hotel Indonesia dalam kawasan bandar.

Lebak Bulus adalah kawasan kejiranan yang pesat dengan penduduk. Dengan pengakutan awam, ia mengambil masa perjalanan 90 minit untuk melakukan perjalanan dari situ ke kawasan pusat bandar di mana terletak banyak pejabat. Bagaimanapun dengan MRT, masa perjalanan akan sekitar 60 minit lebih singkat.

Setiap kereta api, yang dibuat oleh firma Jepun Nippon Sharyo boleh menampung 1,950 penumpang dan menyediakan tempat duduk khas serta ruang untuk kerusi roda dan kereta sorong.

Kelajuan kereta api itu antara 80 kilometer sejam di landasan lebih tinggi dan 100 kilometer sejam di bawah tanah.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan