Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Meteorologi M'sia nafi maklumat viral suhu bawah 17°C

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan bahawa ia mengeluarkan maklumat mengenai suhu yang turun bawah 17 darjah Selsius.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Meteorologi M'sia nafi maklumat viral suhu bawah 17°C

(Gambar fail: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 14 Jan 2018 01:49PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 01:53PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan bahawa ia mengeluarkan maklumat mengenai suhu yang turun bawah 17 darjah Selsius.

MetMalaysia menyatakan demikian semalam (13 Jan) sebagai respons kepada catatan palsu yang viral di media sosial.

Catatan tersebut menyatakan Malaysia mengalami penurunan suhu secara mendadak, dengan suhu di Tawau turun kepada 17.6 darjah Selsius.

Catatan viral itu juga menasihati orang ramai supaya memakai pakaian tebal pada sebelah malam supaya tidak jatuh sakit.

Sebagai respons terhadap maklumat yang salah itu, MetMalaysia menyatakan suhu minimum yang dicatat semalam adalah 21 darjah Selsius di Mersing dan Kuala Pilah.

Sementara itu suhu minimum yang dicatat di lokasi-lokasi lain adalah sekitar 22 darjah Selsius, kebanyakannya sebelah pagi.

"Suhu yang turun itu menyusuli cuaca mendung, hujan berlarutan dan tiupan angin sejuk disebabkan monsun timur laut yang diramalkan berterusan sehingga Ahad (14 Jan)," menurut MetMalaysia dalam kenyataannya.

MetMalaysia juga menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat mengenai cuaca menerusi lamannya, Facebook atau Twitter. 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan