Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Meteorologi M'sia keluarkan nasihat Taufan Molave

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini (27 Okt) mengeluarkan notis Nasihat Taufan Molave yang berada di kedudukan kira-kira 678 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Meteorologi M'sia keluarkan nasihat Taufan Molave

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Oct 2020 02:32PM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 02:36PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini (27 Okt) mengeluarkan notis Nasihat Taufan Molave yang berada di kedudukan kira-kira 678 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan taufan Molave itu sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 25 kilometer sejam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 157 kilometer sejam.

Menurut kenyataan itu, taufan berkenaan boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 787 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan