Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Kesihatan Sarawak nafi wujud penyakit misteri

Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan kewujudan wabak penyakit misteri yang menjangkiti kanak-kanak dan semakin serius merebak di bandar raya Miri, seperti yang disebarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Kesihatan Sarawak nafi wujud penyakit misteri

Hospital Miri. (Gambar: Miri Hospital/Facebook)

Diterbitkan : 09 Mar 2018 08:50AM Dikemas Kini : 09 Mar 2018 09:32AM

MIRI: Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan kewujudan wabak penyakit misteri yang menjangkiti kanak-kanak dan semakin serius merebak di bandar raya Miri, seperti yang disebarkan.

Kenyataan media Jabatan Kesihatan Sarawak. (Gambar: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak/Facebook)

Semalam (8 Mac), pengarahnya Dr Jamilah Hashim berkata bahawa kandungan berita viral itu adalah tidak tepat dan semakan serta verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit oleh pihaknya mendapati tidak ada peningkatan ketara sebarang penyakit berjangkit di bandar raya tersebut sejak sembilan bulan lalu.

“Meskipun begitu, pihak pengurusan Hospital Miri mengesahkan terdapat sedikit peningkatan kemasukan pesakit ke wad di hospital itu sejak awal Februari lalu, terutamanya di wad kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya trend itu adalah biasa yang berlaku selepas musim perayaan dan kemasukan ke wad tersebut disebabkan pelbagai penyakit dan bukan penyakit berjangkit yang khusus.

 Mengenai memo dalaman Hospital Miri: ‘Notis Segera Penangguhan Pembedahan Elektif’ bertarikh 07 Mac 2018 yang juga disebarkan semalam (8 Mac), Dr Jamilah berkata notis itu yang ditujukan kepada ketua jabatan hospital berkenaan tidak menjejaskan perkhidmatan hospital termasuk pembedahan khususnya bagi kes kecemasan yang berjalan seperti biasa.

“Orang awam yang ingin mendapatkan kepastian/pengesahan atas mesej-mesej yang telah ditularkan, bolehlah menghubungi ‘Crisis Preparedness and Response Centre’, Jabatan Kesihatan Sarawak di talian 082-443248,” katanya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan