Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan keselamatan UK terlepas peluang cegah serangan pengganas di Manchester

Jabatan keselamatan Britain MI5 didapati terlepas beberapa peluang untuk mematahkan serangan bom yang dilancarkan semasa konsert Ariana Grande di Manchester pada tahun 2017 yang mengorbankan 22 orang, menurut para penggubal undang-undang kanan dalam satu laporan hari ini (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan keselamatan UK terlepas peluang cegah serangan pengganas di Manchester

Para pegawai polis di luar Manchester Arena semasa serangan pada 22 Mei 2017. (Gambar fail: Jon Super/Reuters)

Diterbitkan : 22 Nov 2018 11:42PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 11:45PM

LONDON: Jabatan keselamatan Britain MI5 didapati terlepas beberapa peluang untuk mematahkan serangan bom yang dilancarkan semasa konsert Ariana Grande di Manchester pada tahun 2017 yang mengorbankan 22 orang, menurut para penggubal undang-undang kanan dalam satu laporan hari ini (22 Nov).

Empat serangan dilancarkan di Britain pada 2017, yang membunuh 36 orang. Ia merupakan serangan-serangan paling dahsyat yang pernah berlaku sejak insiden letupan bom kereta api di London pada Julai 2005.

Jawatankuasa Risikan dan Keselamatan (ISC) Parlimen, yang terdiri daripada para penggubal undang-undang dari pelbagai parti yang meneliti kerja-kerja pemerintah dalam bidang-bidang tersebut, menyatakan bahawa terdapat sejumlah kegagalan oleh mereka yang memantau si pengebom, iaitu seorang rakyat Britain Salman Abedi yang berusia 22 tahun. Abedi adalah anak kepada pasangan keturunan Libya.

Abedi diperhatikan MI5 sejak tahun 2014. Dia bagaimanapun tidak pernah dirujuk untuk menjalani program antipengganasan dan MI5 juga tidak pernah menyekat kegiatan perjalanannya.

Abedi juga didapati melawat seorang pelampau di penjara tetapi tiada tindakan susulan diambil oleh polis atau MI5.

TAHAP ANCAMAN ADALAH TINGGI

Britain kini berada di tahap ancaman kedua tertinggi.

Menurut laporan itu, kebanyakan isu yang dibangkitkan mengenai serangan-serangan pada 2017 adalah serupa dengan isu-isu dalam laporan mengenai serangan-serangan sebelum ini.

Antara kegagalan tahun lalu adalah keputusan MI5 untuk tidak memantau atau melarang kegiatan perjalanan Abedi, serta membolehkannya untuk pulang ke United Kingdom tanpa dikesan, beberapa hari sebelum dia melancarkan serangan tersebut. MI5 kemudian mengaku ia sepatutnya memantau kegiatan perjalanan Abedi, menurut laporan tersebut.

Laporan itu juga menyatakan terdapat kelemahan dalam usaha MI5 memantau individu-individu yang tidak berada di bawah siasatan aktif.

Kementerian Dalam Negeri Britain bagaimanapun tidak segera mengulas mengenai laporan tersebut.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan